MUHAMMAD ketika sidang media pengumumpan prestasi ekonomi suku kedua 2017. FOTO Eizairi Shamsudin
MUHAMMAD ketika sidang media pengumumpan prestasi ekonomi suku kedua 2017. FOTO Eizairi Shamsudin
Sri Ayu Kartika Amri


EKONOMI Malaysia mencatat pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2017 berbanding 5.6 peratus pada suku pertama.

Perbelanjaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, dari segi penawaran kesemua sektor ekonomi mencatat pertumbuhan.

Katanya, sektor perkhidmatan pula mencatat pertumbuhan lebih tinggi pada suku kedua.

"Peningkatan dalam subsektor borong dan runcit didorong oleh perbelanjaan isi rumah yang lebih tinggi.

"Manakala, subsektor kewangan dan insurans turut memperoleh manfaat berterusan daripada prestasi segmen pasaran modal dan insurans yang bertambah baik," katanya pada sidang media pengumumpan prestasi ekonomi suku kedua 2017, di Kuala Lumpur, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2017 @ 12:59 PM