BAGNAIA menjulang trofi MotoGP Aragon. FOTO AP
BAGNAIA menjulang trofi MotoGP Aragon. FOTO AP
AFP

Motegi, Jepun: MotoGP kembali ke Jepun hujung minggu ini selepas juara dunia, Fabio Quartararo terbabit nahas di Aragon yang menyebabkan persaingan memburu gelaran kembali terbuka.

Pelumba Perancis itu masih mendahului carta tetapi dikurangkan kepada 10 mata oleh pelumba Itali, Francesco Bagnaia manakala pencabar dari Sepanyol, Aleix Espargaro turut berpeluang mencipta kejutan ketika grand prix berbaki lima perlumbaan lagi.

Bagnaia dari Ducati memberi tekanan ke atas pelumba Yamaha, Quartararo dengan menjuarai empat perlumbaan berturut-turut sebelum MotoGP Aragon yang menyaksikan Quartararo terkeluar selepas berlanggar dengan juara dunia enam kali, Marc Marquez.

Bagnaia dinafikan kemenangan kelima berturut-turut oleh Enea Bastianini pada pusingan terakhir tetapi tempat kedua sudah cukup meresahkan Quartararo dan pelumba Itali itu kini mempunyai semua momentum diperlukan.

"Saya memberikan yang terbaik dan saya akan bertarung sekali lagi di Jepun," kata Bagnaia, 25, yang memburu gelaran sulung MotoGP dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2022 @ 11:20 AM