ROSSI terharu ucapan dan sokongan yang diberikan bintang sukan dunia. FOTO AFP
ROSSI terharu ucapan dan sokongan yang diberikan bintang sukan dunia. FOTO AFP
AFP

Spielberg bei Knittelfeld: Valentino Rossi berkata dia menjadi sangat emosional selepas menerima ucapan dari seluruh bintang sukan dunia selepas mengumumkan akan bersara sebaik berakhir musim 2021.

"Bukan saja dari rakan terdekat tapi sukan lain, seperti pemain bola sepak, pemandu Formula Satu (F1), begitu juga dengan seteru lama saya dan mereka yang sentiasa memberikan yang terbaik.

"Ia sungguh luar biasa, saya sangat gembira," katanya yang berusia 42 tahu dan berjaya meraih sembilan gelaran dunia, tujuh dalam kategori elit di antara 1997 hingga 2009.

Dia juga memberitahu ketika sidang media maya bahawa sangat gembira dapat menyampaikan berita berkenaan kepada ibunya, Stefania dan teman wanita, Francesca kurang daripada 24 jam sebelum pengumuman berkenaan.

Dia berkata mereka makan bersama-sama pada petang Rabu sebelum perlumbaan hujung minggu ini.

"Saya tidak berkata apa-apa kepada ibu saya. Sebelum meninggalkan Stefi, saya berkata esok saya akan mengadakan sidang media, saya akan berhenti dan dia hanya menyebut Ooooh. Yes!. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk berkata apa-apa. Saya terus meninggalkan mereka. Ia sangat melucukan," kata Rossi.

Selepas pengumuman Khamis lalu bahawa Rossi akan menamatkan kariernya selepas 26 tahun, banyak memberikan ucapan kepadanya di media sosial.

"Saya menerima banyak mesej dari seluruh dunia. Ia sangat luar biasa," katanya.

Rossi adalah peminat Inter Milan dan salah satu sambutan kejayaannya yang paling diingati ialah di Jerman pada 2006, apabila dia memakai kemeja T Azzurri pemberian rakannya, Marco Materrazi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Ogos 2021 @ 1:34 PM