JACK (kanan) berjaya muncul juara di Formula 3 di Le Castellet. FOTO Agensi
JACK (kanan) berjaya muncul juara di Formula 3 di Le Castellet. FOTO Agensi
AFP

Le Castellet: Pelumba Australia, Jack Doohan, anak kepada juara dunia motosikal lima kali, merangkul kejuaraan pertama Formula 3 di Le Castellet.

Jack, 18, mengatasi pelumba Norway, Dennis Hauger, wakil Brazil, Caio Collet dan dua pelumba Perancis, Victor Martins serta Clement Novalak.

Hauger mengekalkan kedudukan teratas keseluruhan dengan mengumpul 66 mata, enam mata mengatasi Martins dan lapan mata meninggalkan Jack.

Pusingan seterusnya ialah di Spielberg, Austria pada 4 Julai depan.

Doohan berjaya meraih kejuaraan dunia motosikal lima kali berturut-turut dalam kelas 500cc dari 1994 hingga 1998.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 2:24 AM