SEKUMPULAN lebah mengerumuni kamera tergantung di perlawanan berkenaan. FOTO AFP
SEKUMPULAN lebah mengerumuni kamera tergantung di perlawanan berkenaan. FOTO AFP
AFP

Indian Wells: Pertembungan suku akhir antara juara bertahan Carlos Alcaraz dengan Alexander Zverev di Indian Wells terpaksa dihentikan secara tiba-tiba apabila sekumpulan lebah berkerumun menyebabkan pemain terpaksa keluar dari gelanggang.

Pemain nombor dua dunia, Alcaraz disengat dan dipaksa berundur oleh serangga itu sambil cuba menghalau menggunakan raket serta tangannya.

Lebah-lebah itu mengerumuni kamera tergantung kawalan jauh dan berkumpul di bawah kerusi pengadil, Mohamed Lahyani.

Alcaraz dan Zverev sudah keluar untuk mencari perlindungan ketika Lahyani membuatkan pengumuman perlawanan terpaksa dihentikan.

"Tuan-tuan dan puan-puan, permainan dihentikan kerana pencerobohan lebah."

Oleh kerana penonton yang bingung kekal di tempat duduk mereka, juruhebah gelanggang menenangkan bahawa seorang penternak lebah dihantar untuk cuba menyelesaikan masalah itu.

Dalam pada itu, pegawai kejohanan mula menunjukkan perlawanan suku akhir Coco Gauff menentang pemain China, Yuan Yue di papan mata gergasi dalam usaha untuk memberikan peminat sesuatu yang boleh dilihat.

Kedudukan terikat 1-1 ketika perlawanan dihentikan dalam perlawanan ulangan suku akhir Terbuka Australia.

Ini bukan kali pertama perlawanan tenis diganggu oleh lebah.

Pada acara WTA 1000 di Guadalajara pada tahun 2022 perlawanan hari pembukaan antara Petra Kvitova dan Bernarda Para ditangguhkan kerana penjaga lebah berurusan dengan segerombolan lebah yang melekat pada kerusi pengadil.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2024 @ 11:26 AM