Daniil Medvedev berbalah dengan pengadil ketika menentang  Gael Monfils pada aksi Masters Monte Carlo - Reuters
Daniil Medvedev berbalah dengan pengadil ketika menentang Gael Monfils pada aksi Masters Monte Carlo - Reuters
AFP

Monte Carlo: Pemain nombor empat dunia Daniil Medvedev hilang sabar dengan pegawai perlawanan yang "tidak masuk akal" semasa mencatat kemenangan straight set ke atas Gael Monfils pada Rabu dalam aksi Masters Monte Carlo.

Ketika mengharungi dua set perlawanan yang positif dan dia mahu melakukan servis bagi pada kedudukan di set kedua, namun Medvedev naik angin terhadap 'empire' Mohamed Lahyani hingga menyebabkannya tewas selepas mendahului 30-0.

"Kamu (pegawai) semakin tidak masuk akal," jerit Medvedev kepada pengadil.

Perbalahan pertama apabila perlawanan memihak kepada Monfils selepas ditentukan oleh penjaga garisan sebelum pengadil kerusi turun untuk memeriksa markah dan memberikan mata kepada lawannya itu.

Situasi sekali lagi tegang selepas keputusan tidak memihak kepada Medvedev namun Lahyani melakukan pemeriksaan sebelum memberi mata kepada Monfils.

"Daniil tolong jangan jerit dia.Dia (hakim garisan) boleh melakukan kesilapan juga," kata Lahyani.

Walaupun mendahului 40-15 di atas dalam permainan, Medvedev terus kehilangan permainan sebelum ketinggalan 3-1 di set kedua.

Juara Terbuka AS 2021 itu kembali mengawal permanainan pada perlawanan berikutnya sebelum mencatat kemenangan 6-2, 6-4.

Selepas perlawanan, Medvedev berjabat tangan dengan Lahyani tetapi menulis "masuk atau keluar?" pada lensa kamera TV ketika dia meninggalkan gelanggang utama Rainier III.

Medvedev seterusnya akan berdepan dengan rakan senegara dari Rusia, Karen Khachanov pada pusingan ketiga, dengan sama ada Alexander Zverev atau Stefanos Tsitsipas menunggu di peringkat lapan terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2024 @ 9:21 AM