ALCARAZ ambil semangat nama besar yang cemerlang lepas sembuh dari kecederaan. FOTO AFP
ALCARAZ ambil semangat nama besar yang cemerlang lepas sembuh dari kecederaan. FOTO AFP
Reuters

Indian Wells: Carlos Alcaraz berkata dia mahu mengetepikan Rafa Nadal dan Novak Djokovic dengan memenangi trofi secara berturut-turut selepas kembali sembuh dari kecederaan.

Pemain nombor dua dunia itu semakin hampir untuk meraih kejuaraan Indian Wells selepas menang ke atas Felix Auger-Aliassime di suku akhir.

Bulan lalu, Alcaraz meraih kejuaraan pertama sejak muncul juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan muncul juara di Buenos Aires di kejohanan pertamanya selepas tiga bulan berehat akibat kecederaan perut dan hamstring.

Pemain Sepanyol itu mengalahkan wakil Kanada, Auger-Aliassime untuk mara ke separuh akhir Indian Wells seminggu selepas menarik diri saingan 500 ATP di Acapulco akibat kecederaan hamstring.

"Saya melihat contoh pemain ternama, Djokovic atau Rafa, apabila mereka kembali dari kecederaan mereka mempunyai peratusan yang bagus untuk menang kejohanan.

"Saya meniru sedikit gaya mereka apabila saya cedera, terutama berkaitan latihan. Mereka memberi saya motivasi untuk bermain dengan baik selepas cedera di kejohanan pertama.

"Saya pada mulanya terkejut ketika menang di Buenos Aires tapi sekarang saya tidak terkejut lagi," katanya.

Alcaraz akan berdepan Jannik Sinner, selepas enam bulan mengalahkan pemain Itali itu dalam aksi sengit di suku akhir Terbuka AS ketika dia dalam laluan meraih Grand Slam sulung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2023 @ 3:17 PM