MCILROY berlatih menjelang Kejohanan The Players. FOTO AFP
MCILROY berlatih menjelang Kejohanan The Players. FOTO AFP
AFP

Miami: Juara empat kali kejohanan utama, Rory McIlroy mahu rundingan mengenai penggabungan Jelajah PGA dan Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi diselesaikan segera kerana peminat mahu bintang gol bersatu.

LIV Golf League yang memasuki musim kempen ketiga menampilkan beberapa pemain ternama yang meninggalkan Jelajah PGA Tour termasuk juara bertahan Masters, Jon Rahm dan pemenang Kejuaraan PGA 2023, Brooks Koepka.

Rundingan untuk persetujuan menggabungkan PGA dan PIF yang bermula sejak Jun melepasi tarikh akhir Disember lalu, menyebabkan McIlroy merasakan faktor penilaian televisyen menjejaskan kejohanan utama PGA apabila menurun 30 peratus ketika kejohanan sinonim mereka di Bay Hill, minggu lalu.

"Saya mahu kereta api bergerak lebih pantas, jadi kami boleh mula bekerja bersama-sama," kata McIlroy menjelang Kejohanan The Players di TPC Sawgrass di Florida.

McIlroy berkata, kejohanan sinonim PGA dengan sumber kewangan terhad 'kurang berimiginasi pada musim ini, berbanding tahun sebelumnya'.

"Saya fikir mungkin peminat sudah letih dengan apa yang berlaku dalam sukan ini dan saya fikir kami perlu berusaha menggabungkan semula mereka untuk bermain.

"Bukannya bercakap mengenai ekuiti serta semua perkara lain," katanya.

"Saya fikir lebih cepat perkara ini diselesaikan, lebih baik untuk sukan ini dan lebih baik untuk semua orang sama ada pemain serta peminat."

McIlroy berkata, faktor utama adalah pemain LIV dan PGA berlawan sesama sendiri hanya di kejohanan utama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2024 @ 1:01 PM