Rory McIlroy ketika sesi latihan di TPC Harding Park, San Francisco, California. FOTO AFP
Rory McIlroy ketika sesi latihan di TPC Harding Park, San Francisco, California. FOTO AFP
AFP

PEMAIN Ireland Utara, Rory McIlroy berharap kejuaraan major pertamanya pada tahun ini mampu meningkatkan permainan dan mengembalikan prestasi yang membawa dirinya ke kedudukan nombor satu dunia, awal tahun ini.

Juara empat kali major itu melakukan permulaan cemerlang pada 2020 dengan rentetan kedudukan penamat dalam kelompok 10 teratas namun diganggu dengan penularan pandemik Covid-19 dan musim PGA tertangguh.

"Sebelum seluruh dunia terjejas, saya bermain golf dengan baik," kata McIlroy.

"Selama tiga bulan berehat, dan kembali semula, semuanya tampak sudah berubah. Segalanya serba tidak menjadi."

McIlroy dilihat cuba menyesuaikan diri dengan normal baharu golf pada Kejohanan PGA minggu ini, termasuk melakukan ujian bagi Covid-19, pemeriksaan suhu dan penjarakan fizikal.

McIlroy sudah memenangi dua Kejohanan PGA, tetapi yang terakhir dimenangi pada 2014.

"Ia adalah kejuaraan major pertama sepanjang setahun dan ia pastinya minggu yang hebat untuk kembali kepada prestasi sama dan melakukan yang terbaik," tambahnya ketika sesi latihan hari ini.

McIlroy antara beberapa pemain yang pernah menduduki ranking nombor satu dunia dengan pungutan mata yang sama musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 11:12 AM