PERSIAPAN Olimpik Paris giat dijalankan menjelang temasya itu pertengahan tahun ini. FOTO AFP
PERSIAPAN Olimpik Paris giat dijalankan menjelang temasya itu pertengahan tahun ini. FOTO AFP
Reuters

Paris: Beg yang mengandungi komputer dan dua memory sticks pelan keselamatan untuk Sukan Olimpik Paris dicuri daripada seorang jurutera Dewan Bandaraya, kata dua sumber yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

Salah seorang sumber, yang tidak dapat mendedahkan identiti mereka kerana mereka tidak bebas membincangkan topik itu, memberitahu Reuters beg itu dicuri di dalam tren pinggir bandar.

Kedua-dua sumber tidak dapat menyatakan betapa sensitifnya data itu.

Polis tidak serta-merta untuk mendapatkan komen dan penganjur Paris 2024 enggan mengulas.

Sukan Olimpik Paris akan diadakan dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Kira-kira 30,000 anggota pasukan polis dijangka digerakkan setiap hari semasa Sukan Olimpik berlangsung, dengan kira-kira 300,000 penonton dijangka menghadiri majlis perasmian di sepanjang Sungai Seine.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Februari 2024 @ 7:00 PM