PUIG menjuarai Kejohanan IRS Prima Golf Terbuka Malaysia 2024 di The Mines Resort and Golf Club Seri Kembangan hari ini. -FOTO Bernama
PUIG menjuarai Kejohanan IRS Prima Golf Terbuka Malaysia 2024 di The Mines Resort and Golf Club Seri Kembangan hari ini. -FOTO Bernama
BERNAMA

Seri Kembangan: Selepas berdepan prestasi kurang baik, David Puig terus bangkit untuk muncul juara golf IRS Prima Terbuka Malaysia di The Mines Resort and Golf Club, hari ini.

Pemain dari Sepanyol itu melakar sembilan bawah 62 buat hari kedua berturut-turut untuk muncul juara dengan merekodkan 23 bawah 261.

Wang Jeung-hun dari Korea Selatan, yang melakukan 10 bawah 61, hari ini, menduduki tempat kedua keseluruhan dengan 263 manakala pemain Thailand, Denwit Boriboonsub dan John Catlin dari Amerika Syarikat di tempat ketiga (264).

Ia kemenangan kedua Puig dalam Jelajah Asia selepas memenangi gelaran Siri Antarabangsa Singapura pada Oktober.

Selain menggondol hadiah AS$180,000 (RM860,400), Puig turut memperoleh satu daripada tiga tempat kelayakan untuk kejohanan The Open yang akan diadakan di Royal Troon pada 14 hingga 21 Julai.

"Saya berasa hebat dan sangat gembira kerana menang di sini, di Malaysia dan juga mendapat tempat untuk The Open," kata Puig.

"Selepas dua hari pertama, ia tidak begitu baik. Saya jauh di belakang tetapi saya gembira berjaya melakukannya. Pukulan tidak masuk (pada dua hari pertama) dan saya melakukan beberapa pukulan tee yang buruk, tetapi saya kekal positif.

"Ia juga amat bermakna bagi saya (untuk menyertai The Open). Saya tidak sabar untuk bermain dalam kejohanan utama, tetapi The Open adalah kejohanan besar di Eropah. Semua nama besar bermain di sana."

Keputusan pusingan akhir kejohanan golf Terbuka Malaysia

261 - David Puig (ESP) 66-71-62-62

263 - Jeunghun Wang (KOR) 68-68-66-61;

264 - Denwit Boriboonsub (THA) 71-66-66-61, John Catlin (USA) 65-65-68-66;

265 - Kevin Yuan (AUS) 65-64-68-68;

266 - Atiruj Winaicharoenchai (THA) 66-67-68-65

267 - Deyen Lawson (AUS) 66-67-66-68, Jared Du Toit (CAN) 70-64-62-71;

268 - Travis Smyth (AUS) 68-66-69-65, Trevor Simsby (USA) 71-65-67-65, Sangmoon Bae (KOR) 70-67-63-68, Steve Lewton (ENG) 65-66-68-69;

269 - Kiradech Aphibarnrat (THA) 71-66-66-66, Richard Taehoon Lee (CAN) 63-69-71-66, Veer Ahlawat (IND) 62-71-70-66, Gunn Charoenkul (THA) 67-70-66-66, V. Khavish Varman (MAS)64-65-72-68, Miguel Tabuena (PHI) 66-65-70-68, Jazz Janewattananond (THA) 62-70-68-69, Suradit Yongcharoenchai (THA) 68-66-66-69, Bio Kim (KOR) 68-65-66-70;

270 - Manav Shah (USA) 67-68-68-67, Sarit Suwannarut (THA) 67-67-68-68, Maverick Antcliff (AUS) 67-68-70-65, Sam Horsfield (ENG) 66-68-68-68, Minkyu Kim (KOR) 69-67-66-68, Poosit Supupramai (THA) 69-66-67-68, Ian Snyman (RSA) 68-69-68-65, Yuvraj Singh Sandhu (IND) 70-64-67-69, Austen Truslow (USA) 66-67-67-70;

271 - Jack Thompson (AUS) 69-68-66-68, Guntaek Koh (KOR) 66-65-72-68, Danthai Boonma (THA) 65-70-70-66, Siddikur Rahman (BGD) 69-67-69-66, Andrew Dodt (AUS) 66-68-71-66, Seungtaek Lee (KOR) 69-68-68-66, Taichi Nabetani (JPN) 69-68-68-66, Stefano Mazzoli (ITA) 66-68-67-70, Angelo Que (PHI) 67-68-65-71;

272 - Jed Morgan (AUS) 68-69-66-69, Hanmil Jung (KOR) 67-68-69-68, Yongjun Bae (KOR) 67-67-70-68, Naoki Sekito (JPN) 67-68-68-69, Brendan Jones (AUS) 68-69-68-67, Ratchanon Chantananuwat (a) (THA) 70-67-69-66;

273 - Chen Guxin (CHN) 69-67-68-69, Taichi Kho (HKG) 71-66-67-69, S.S.P. Chawrasia (IND) 69-65-68-71, Sanghyun Park (KOR) 67-69-69-68, Chang Wei-lun (TPE) 68-67-67-71, Prom Meesawat (THA) 68-67-65-73;

274 - Jordan Zunic (AUS) 68-68-68-70, Ervin Chang (MAS)70-62-69-73, Settee Prakongvech (THA) 70-67-68-69, James Piot (USA) 67-68-71-68, Honey Baisoya (IND) 70-66-70-68;

275 - Lee Chieh-po (TPE) 65-72-67-71, Ben Campbell (NZL) 69-66-71-69, Poom Saksansin (THA) 68-68-70-69, Phachara Khongwatmai (THA) 70-67-69-69, Yeongsu Kim (KOR) 69-63-74-69, Douglas Klein (AUS) 71-63-73-68, Jeremiah Kim Leunkwang (MAS) 68-69-70-68;

276 - Sadom Kaewkanjana (THA) 69-68-69-70, Charlie Lindh (SWE) 69-68-71-68;

277 - Pattaraphol Khanthacha (THA) 69-64-71-73, S Chikkarangappa (IND) 69-66-73-69;

279 - Tatsunori Shogenji (JPN) 68-68-74-69;

283 - Scott Hend (AUS) 67-70-73-73

Pemain Terbaik Malaysia

V Khavish Varman (MAS)

Pemain Amatur Terbaik

Ratchanon Chantananuwat (THA)

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 9:26 PM