LAHIRI (kiri) dan Si Woo meraikan kejayaan selepas menyekat kemaraan AS. FOTO/AFP
LAHIRI (kiri) dan Si Woo meraikan kejayaan selepas menyekat kemaraan AS. FOTO/AFP
AFP

JERSEY, AS: Amerika Syarikat hanya memerlukan satu mata untuk mencatat kemenangan epik pada Piala Presiden dengan hanya pemain Antarabangsa, Anirban Lahiri dan Kim Si Woo berjaya menyekat mereka daripada meraikan kemenangan, awal pagi tadi.

Kemenangan 1-up Lahiri dan Si Woo ke atas Charley Hoffman dan Kevin Chappell satu-satunya perkara yang menyekat AS muncul pasukan pertama meraih kejuaraan itu sebelum 12 aksi perseorangan bermula lagi.

Ia satu sagu hati buat pasukan Antarabangsa yang bergelut untuk menyaingi AS, yang menang enam daripada lapan perlawanan awal pagi tadi, seri satu dan kalah perlawanan kedua mereka minggu ini.

Apabila pusingan dilengkapkan di Liberty National, AS mendahului 14.5 berbanding 3.5 mata.

Mereka boleh memastikan kejuaraan Piala Presiden kali ke-10 dengan hanya satu mata awal pagi esok.

Kapten AS, Steve Stricker berkata, mesejnya kepada pasukan amat ringkas.

“Ia belum berakhir lagi,” katanya. “Kami perlu keluar ke sana dan melaksanakan tugas.”

Namun pasukan Antarabangsa menghadapi kesukaran menyekat AS daripada meraih kemenangan terbesar sejak pertandingan match play dwitahunan itu bermula pada 1994.

“Saya fikir kami perlu keluar ke sana dan cuba bermain sebaik mungkin,” kata Lahiri. “Kami perlu bermain demi menjada maruah.”

“Kami berdepan pasukan Amerika yang tidak langsung membuat sebarang kesilapan dalam tiga hari,” kata kapten Antarabangsa, Nick Price. “Mereka mempunyai semua momentum dan kami tiada langsung.”

KEPUTUSAN PIALA PRESIDEN

AMERIKA SYARIKAT 14.5 ANTARABANGSA 3.5

Fourball:

AS 3 Antarabangsa 1

Jordan Spieth/Patrick Reed (USA) mn Jason Day/Louis Oosthuizen (AUS/RSA) 2 & 1

Justin Thomas/Daniel Berger (USA) mn Hideki Matsuyama/Jhonattan Vegas (JPN/VEN) 3 & 2

Anirban Lahiri/Kim Si Woo (IND/KOR) mn Charley Hoffman/Kevin Chappell (USA) 1-up

Dustin Johnson/Brooks Koepka (USA) mn Branden Grace/Marc Leishman (RSA/AUS) 3 & 2

Foursomes:

AS 3.5 Antarabangsa 0.5

Jordan Spieth/Patrick Reed (USA) mn Jason Day/Marc Leishman (AUS) 4 & 3

Dustin Johnson/Matt Kuchar (USA) mn Adam Scott/Adam Hadwin (AUS/CAN) 4 & 3

Phil Mickelson/Kevin Kisner (USA) mn Jhonattan Vegas/Emiliano Grillo (VEN/ARG) 2 & 1

Justin Thomas/Rickie Fowler (USA) seri Louis Oosthuizen/Branden Grace (RSA)

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Oktober 2017 @ 12:29 PM