PEREZ (kiri) mengucapkan terima kasih kepada pembantunya selepas mendahului pusingan kedua ketika bersaing pada Kejohanan Golf CIMB Classic 2017 di TPC KL.  FOTO/BERNAMA
PEREZ (kiri) mengucapkan terima kasih kepada pembantunya selepas mendahului pusingan kedua ketika bersaing pada Kejohanan Golf CIMB Classic 2017 di TPC KL. FOTO/BERNAMA
Farah Azharie dan Saiful Affendy Sapran


PERMAINAN pendek Pat Perez menjadi penyelamat kepada pemain Amerika Syarikat itu apabila dia menjadi pendahulu pusingan kedua Kejohanan Golf CIMB Classic dengan catatan tujuh di bawah par 65, hari ini.

“Secara keseluruhan, ia bukanlah hari yang baik tetapi saya berjaya mengatasinya dan saya berjaya beraksi pada tahap terbaik,” katanya.

Perez yang membuat penampilan kelima pada saingan CIMB Classic dengan pencapaian terbaik berada di kedudukan kesembilan pada 2012 melakukan empat birdie di sembilan lubang pertama.

Dia menamatkan saingan hari kedua di TPC Kuala Lumpur dengan mencatat keseluruhan lapan birdie dan satu bogey.

Biarpun saingan tertangguh empat jam kerana hujan lebat, juara saingan Bob Hope Classic 2009 itu seharusnya berterima kasih dengan cuaca berkenaan apabila dia mendahului dengan satu pukulan ke atas rakan senegara, Xander Schauffele dengan merakam 13 di bawah par 131.

“Saya tidak mahukan cahaya matahari, ia terlalu panas. Tidak, saya suka dengan keadaan seperti ini, ia cukup sempurna, mendung dan tiada angin,” katanya.

Pemain berusia 41 tahun itu kini memburu gelaran ketiga dalam Jelajah PGA tahun ini dengan kemenangan terakhirnya di OHL Classic di Mayokoba, November lalu.

Bagaimanapun, Schauffele dijangka menjadi penghalang utama buat Perez bagi merangkul gelaran CIMB Classic dengan pemain baharu terbaik tahunan itu mengekori rapat dengan 67 pukulan dengan 12 di bawah par 132.

Schauffele mencuri tumpuan apabila berjaya melakukan eagle di lubang ketiga.

Keputusan pusingan kedua:

131 - Pat Perez (USA) 66-65;

132 - Xander Schauffele (USA) 65-67;

135 - Kang Sungthoon (KOR) 67-68, Cameron Smith (AUS) 64-71, Thomas Pieters (BEL) 68-67;

136 - Keegan Bradley (USA) 65-71;

137 - Rafa Cabrera Bello (ESP) 67-70; 138 - Hideki Matsuyama (JPN) 70-68, Kyle Stanley (USA) 71-67, Michael Kim (USA) 68-70, Lucas Glover (USA) 71-67, Adam Hadwin (CAN) 71-67, Brendan Steele (USA) 67-71, Danny Lee (NZL) 73-65;

139 - Harold Varner III (USA) 72-67, Branden Grace (RSA) 72-67, Jazz Janewattananond (THA) 70-69, Kevin Na (USA) 66-73, Scott Brown (USA) 70-69, Poom Saksansin (THA) 65-74, Wesley Bryan (USA) 71-68, Gary Woodland (USA) 66-73;

140 - Ollie Schniederjans (USA) 72-68, Luke List (USA) 70-70, David Lipsky (USA) 69-71, Davis Love III (USA) 67-73, Paul Casey (ENG) 77-63, C.T. Pan (TPE) 70-70, Jamie Lovemark (USA) 70-70, Stewart Cink (USA) 72-68, Anirban lahiri (IND) 67-73, Camilo Villegas (COL) 72-68;

141 - Peter Uihlein (USA) 73-68, Kelly Kraft (USA) 70-71, Ben Crane (USA) 70-71, Kevin Tway (USA) 74-67, Justin Thomas (USA) 70-71, Charl Schwartzel (RSA) 70-71;

142 - Phachara Khongwatmai (THA) 67-75, Scott Stallings (USA) 73-69, Jason Duffner (USA) 71-71, Chez Reavie (USA) 68-74, Morgan Hoffmann (USA) 70-72, Jhonattan Vegas (VEN) 72-70;

143 - Colt Knost (USA) 71-72, Ian Poulter (ENG) 69-74, Patrick Rodgers (USA) 70-73, Rodney Pampling (AUS) 72-71, Jonas Blixt (SWE) 69-74, Richard T.Lee (CAN) 73-70, S.S.P.Chawrasia (IND) 72-71, Whee Kim (KOR) 68-75, Prayad Marksaeng (THA) 72-71, James Hahn (USA) 72-71;

144 - Graham Delaet (CAN) 77-67, Scott Piercy (USA) 71-73, Chris Stroud (USA) 72-72, Charles Howell III (USA) 72-72, Nick Taylor (CAN) 70-74, GAVIN KYLE GREEN (MAS) 73-71;

145 - DANNY CHIA (MAS) 70-75, NICHOLAS FUNG (MAS) 72-73, Bud Cauley (USA) 77-68, Richy Werenski (USA) 72-73, Juvic Pagunsan (PHI) 73-72, Cody Gribble (USA) 77-68, Emiliano Grillo (ARG) 73-72;

146 - Li Hao-tong (CHN) 72-74, Jim Herman (USA) 69-77, Hudson Swafford (USA) 68-78, Robert Streb (USA) 76-70;

148 - Martin Flores (USA) 72-76, Russell Knox (SCO) 74-74; 150 - Scott Hend (AUS) 77-73;

152 - Kim Siwoo (KOR) 74-78, Chad Campbell (USA) 78-74;155 - D.A.Points (USA) 76-79;

156 - Grayson Murray (USA) 82-74.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2017 @ 9:34 PM