MEDVEDEV meraikan kejayaannya selepas menang ke atas Zverev. -FOTO AFP
MEDVEDEV meraikan kejayaannya selepas menang ke atas Zverev. -FOTO AFP
AFP

Turin, Itali: Daniil Medvedev mengesahkan tempatnya ke suku akhir ATP Final selepas menewaskan Alexander Zverev 7-6 (9/7), 6-4, manakala Carlos Alcaraz melepasi Andrey Rublev untuk kembali meneruskan perjuangannya.

Medvedev pemain nombor tiga dunia menang straight set untuk merebut tempat di separuh akhir di Turin dengan baki satu perlawanan dan dia menewaskan Zverev dari Jerman dalam pertemuan Kumpulan Merah yang sengit.

Dia akan berdepan Carlos Alcaraz dalam perlawanan terakhirnya dan berpeluang cerah untuk mara ke kelompok empat terakhir.

"Saya harap saya akan sihat esok dan bersedia untuk bertarung kerana kejohanan ini sukar," kata Medvedev.

"Saya ke suku akhir tetapi saya perlu mengekalkan rentak menentang Carlos. Jika kami bermain pada waktu malam anda tidak mahu menamatkan permainan 7-6 pada set ketiga di tengah malam.

"Saya hanya berharap saya dapat menunjukkan tenis terbaik saya."

Medvedev antara musuh ketat Zverev dan dia kini menang dalam lima daripada enam pertemuan mereka musim ini.

Salah satu daripada kemenangan itu hadir ketika dia melakarkan kejutan di gelanggang tanah liat Terbuka Itali pada Mei, satu daripada lima gelaran yang dimenangi Medvedev tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2023 @ 7:49 AM