DANIIL Medvedev tertunduk keletihan ketika tewas kepada Hubert Hurkacz. FOTO Reuters
DANIIL Medvedev tertunduk keletihan ketika tewas kepada Hubert Hurkacz. FOTO Reuters
AFP

Miami: Daniil Medvedev berkata, masalah fizikal memusnahkan peluang untuk menang dan merampas semula ranking nombor satu tenis dunia, hari ini, apabila kecundang di tangan pemain Poland, Hubert Hurkacz 7-6 (9/7), 6-3 di Terbuka Miami.

Medvedev terjatuh ke ranking kedua selepas tewas kepada to Gael Monfils di pusingan ketiga Indian Wells, minggu lalu, dan berpeluang memintas semula bintang Serbia, Novak Djokovic, jika dia mampu menewaskan Hurkacz, yang juga juara bertahan Terbuka Miami,

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila Hurkacz, yang berada pada ranking ke-10, mara ke separuh akhir mengatasi juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu di Stadium Hard Rock, sekali gus mengekalkan Djokovic yang juga juara Grand Slam 20 kali di tangga teratas.

Hurkacz, yang kini memiliki rekod 2-2 dengan pemain Rusia itu akan berdepan Carlos Alcaraz untuk merebut tempat ke final Ahad ini.

Ia susulan kejayaan pemain remaja Sepanyol berusia 18 tahun itu menewaskan pemain Serbia yang menduduki rangking ke-48, Miomir Kecmanovic dalam pertarungan tiga set, sekali gus antara perlawanan terbaik kejohanan.

Medvedev berkata, dia beberapa kali mengalami kesukaran bernafas dan beberapa kali kejam ketika berada di bilik persalinan dan situasi itu disifatkan seperti 'ikan di atas sofa'.

"Saya tidak berada dalam keadaan terbaik pada semua perlawanan," kata Medvedev.

"Saya beberapa kali berdepan kesukaran bernafas dan tidak mampu pulih dengan segera. Anda perlu terus berjuang, tetapi di set kedua saya merasa sungguh berbeza.

"Saya jarang mengalaminya, tetapi ia berlaku beberapa kali ketika panas. Mungkin ia berpunca akibat bahang panas sehingga saya rasa letih dan pening."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2022 @ 1:13 PM