KSI (kanan) sedia jadi pengganti menentang Paul (kiri) jika Nate ditahan polis.
KSI (kanan) sedia jadi pengganti menentang Paul (kiri) jika Nate ditahan polis.
Agensi

London: KSI sedia menentang Jake Paul walaupun notis singkat jika pertarungan musuh ketatnya dengan Nate Diaz tidak menjadi kenyataan.

Bekas bintang UFC, Diaz dikehendaki polis selepas terbabit pergaduhan di New Orleans Jumaat lalu dengan waran tangkap ke atasnya dikeluarkan kelmarin.

Tidak diketahui sama ada perkembangan terbaru itu menjejaskan pertarungan Nate dengan Paul tetapi ia bukan halangan kepada Youtuber Britain, KSI daripada membuat tawaran.

KSI yang nama sebenarnya Olajide Olatunji dalam Twitternya semalam berkata: "Baiklah, nampaknya Jake tidak ada pencabar Ogos ini. Saya berbesar hati menjadi pengganti selepas saya KO Joe Fournier pada Mei lalu."

Paul tidak menunggu masa lama untuk menerima tawaran KSI. Menurutnya: "Bagus, saya terima anda sebagai lawan pengganti. Pertarungan adalah 185.

"Kekallkan kecergasan dan kami akan huhungi anda bila tiba masanya. Terima kasih, anda sangat merendah diri dan komited."

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan perjanjian lisan antara Jake dan KSI itu diketahui Diaz yang belum memberi sebarang maklum balas di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2023 @ 9:35 AM