FURY kanan melepaskan tumbukan ke atas Ngannou. FOTO Reuters
FURY kanan melepaskan tumbukan ke atas Ngannou. FOTO Reuters
Reuters

Riyadh: Tyson Fury diberikan kemenangan melalui keputusan split ke atas Francis Ngannou dalam pertarungan heavyweight mereka di Riyadh, Arab Saudi pagi tadi walaupun ditumbangkan pada pusingan ketiga.

Fury yang menjadi petinju pilihan mencatat kemenangan dengan keputusan 96-93, 95-94 dan 94-95 dalam pertarungan 10 pusingan.

Ia juga penampilan sulung Ngannou yang juga bekas juara kelas berat UFC, dalam persaingan profesional tinju.

Ngannou tidak pernah bertarung di mana-mana perlawanan sejak Januari 2022, tatkala Fury pula gah dengan mencatat rekod 14-1.

"Saya sangat gembira, walaupun ia bukan cara yang saya inginkan. Malam ini saya bahangnya," kata Ngannou.

Menurut CompuBox, Ngannou melepas 37 tumbukan padu berbanding Fury 32.

Fury menghasilkan lebih banyak tumbukan secara keseluruhan, 71-59, termasuk 14 dalam dua pusingan terakhir berbanding hanya enam untuk Ngannou.

Pertarungan itu bukanlah untuk merebut gelaran dan aksi Fury seterusnya ialah 23 Disember depan menentang Oleksandr Usyk di Riyadh untuk kejuaraan heavyweight.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2023 @ 9:15 AM