HANNAH (tengah) bersama Aifa dan Syafiq di gelanggang skuasy. FOTO ASYRAF HAMZAH
HANNAH (tengah) bersama Aifa dan Syafiq di gelanggang skuasy. FOTO ASYRAF HAMZAH
Fabian Peter


Hangzhou: Tinggal dua hari lagi dan Sukan Asia Hangzhou akan berakhir ketika kontinjen negara sudah mencapai sasaran 27 pingat termasuk lima daripadanya adalah pingat emas.

Terdapat peluang yang sangat tinggi untuk kontinjen negara menambah beberapa lagi pingat dan mungkin meraih emas dalam salah satu acara yang berbaki.

Karate yang bermula semalam menyaksikan skuad negara sudah pun menuai pingat perak.

Lovelly Anne Robberth merangkul perak dalam kategori kata individu wanita dan berpeluang menambah pingat apabila dia bertanding dalam acara kata berpasukan hari ini.

Badminton sudah pun memperoleh satu pingat dan kini terpulang kepada bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menghadiahkan Malaysia lebih daripada pingat gangsa.

Sementara itu, selepas meraih perak dalam acara berpasukan lelaki minggu lalu, ada harapan untuk Malaysia meraih satu lagi pingat daripada sukan sepak takraw.

Barisan pemain negara akan beraksi di separuh akhir acara regu, hari ini.

Skuad hoki lelaki negara pula akan beraksi demi maruah dan perlu menamatkan saingan di kedudukan kelima untuk mengelak daripada menerima kecaman lebih teruk.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Oktober 2023 @ 9:26 AM