MUTAZ muncul juara acara lompat tinggi lelaki di Sukan Asia Hangzhou, semalam. FOTO AFP
MUTAZ muncul juara acara lompat tinggi lelaki di Sukan Asia Hangzhou, semalam. FOTO AFP
Reuters

Hangzhou: Jaguh lompat tinggi Qatar, Mutaz Barshim merangkul pingat emas ketiga Sukan Asia, semalam, sekali gus menambah koleksi medal untuk juara Olimpik itu.

Berdasarkan prestasi sesama dan sebelum ini, atlet Korea Selatan, Woo Sang-hyeok, 27, dilihat sebagai pencabar utama kepada Mutaz, 32, untuk merebut gangsa.

Bagaimanapun, di akhirnya kesudahan sama berlaku seperti Kejohanan Olahraga Dunia di Eugene pada 2022, yang dimenangi Mutaz.

Mutaz muncul juara dengan catatan 2.35 meter (m) manakala Woo dengan 2.33m dan atlet Jepun, Tomohiro Shinno, 27, meraih gangsa dengan catatan terbaik musim ini, 2.29m.

Sejak awal saingan, Mutaz dan Woo berada pada kelas tersendiri.

Selepas memenangi acara itu, Mutaz segera menyertai rakan dalam kontinjen Qatar yang baru saja menang pingat dalam acara 4x400m meter berganti-ganti.

"Memang rasa hebat apabila memenanginya sekali lagi," kata Mutaz.

"Memang impian saya untuk memenangi tiga emas di kejohanan ini terutama apabila saya tidak dapat bertanding sebelum ini kerana cedera."

Mutaz tidak dapat bertanding di Jakarta-Palembang pada 2018 kerana cedera, tetapi dia ingkar nasihat doktor apabila datang untuk memberi sokongan kepada rakan senegaranya.

"Saya sangat teringin untuk berada di sana kerana saya menjadi sukarelawan pada Sukan Asia 2006 dan memegang bakul untuk atlet lompat tinggi," katanya.

"Saya mahu memenangi pingat dalam acara itu. Jadi, kemenangan hari ini adalah yang ketiga selepas cedera, jadi saya sangat gembira dan puas hati.

"Saya harap ini akan menjadi motivasi untuk musim depan yang juga musim Olimpik."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2023 @ 1:44 PM