TAMBERI (kiri) dan Barshim meraikan kejayaan mereka berkongsi pingat emas. FOTO EPA
TAMBERI (kiri) dan Barshim meraikan kejayaan mereka berkongsi pingat emas. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Atlet Qatar, Mutaz Barshim menambah koleksi emas Olimpik selepas muncul juara dunia apabila berkongsi kemenangan bersama atlet Itali, Gianmarco Tamberi dalam acara lompat tinggi, hari ini.

Barshim dan Tamberi masing-masing melakukan lompatan terbaik 2.37 meter (m) manakala Maksim Nedasekau dari Belarus turut meraih catatan sama sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan.

Nedesekau bagaimanapun tidak layak berkongsi pingat emas selepas gagal pada percubaan terdahulu.

Bagi Barshim, 30, ia melengkapkan koleksi pingat di Olimpik selepas meraih gangsa di London 2012 dan perak di Rio lima tahun lalu.

Emas Olimpik yang dimenangi Tamberi pula menambah koleksi peribadinya selepas memenangi gelaran dunia dalam dewan dan Eropah, kedua-duanya pada 2016.

Barshim dan Tamberi meraikan kemenangan mereka meskipun stadium kosong tanpa penonton.

Tamberi lebih menarik apabila meraikan kejayaannya bersama rakan senegara, Lamont Marcell Jacobs yang memenangi acara pecut 100m.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Ogos 2021 @ 10:08 PM