Zheng lakar kejutan tewaskan Ons Jabeur. -FOTO Reuters
Zheng lakar kejutan tewaskan Ons Jabeur. -FOTO Reuters
AFP

New York: Bintang China yang sedang meningkat naik, Zheng Qinwen mara ke suku akhir Grand Slam pertamanya di Terbuka AS selepas menumbangkan naib juara tahun lalu, Ons Jabeur, menyifatkannya ia sebagai kemenangan "kejayaan" selepas mengharungi kekecewaannya musim ini.

Zheng yang berusia 20 tahun mengatasi Ons yang keletihan 6-2, 6-4 sekali gus menyaksikan pilihan ke-23 itu menempah pertemuan menentang pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka.

"Sejujurnya perasaan itu hebat, terutamanya pada saat itu. Saya rasa kemenangan ini penting bagi saya. Seperti yang anda katakan, ia adalah satu kejayaan," kata Zheng.

"Saya sentiasa menunggu detik ini berlaku. Secara jujur, pada awal tahun saya fikir ia akan berlaku dengan sangat pantas.

"Oleh kerana saya terlalu memfokuskan tentang keputusan, saya kehilangan sedikit kesabaran diri saya, itu banyak memberi kesan kepada permainan tenis saya."

Zheng menerima anugerah pendatang baharu WTA tahun 2022, menang dalam penampilan sulungnya di semua empat kejohanan utama dan mara ke pusingan 16 terakhir Terbuka Perancis sebelum tewas dalam tiga set kepada juara, Iga Swiatek.

Tetapi Zheng hanya memenangi dua perlawanan Grand Slam musim ini sebelum mengukir sedikit sejarah di New York, di mana dia dan Wang Xinyu menjadi dua pemain China pertama mara ke pusingan keempat pada di Terbuka AS yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2023 @ 11:41 AM