QINWEN mahu ikut jejak langkah Li Na. -FOTO AFP
QINWEN mahu ikut jejak langkah Li Na. -FOTO AFP
AFP

Melbourne: Zheng Qinwen mengakui dia menyaksikan kemenangan Li Na pada final Terbuka Australia 2014 "10 kali" ketika kini bergerak selangkah lebih dekat untuk menyamai pencapaian idolanya.

Pemain berusia 21 tahun itu, yang dikenali peminatnya sebagai "Queen Wen" mara ke ke pusingan 16 terakhir selepas menang 6-4, 2-6, 7-6 (10/8) ke atas rakan senegaranya, Wang Yafan.

Perlawanan mereka berlangsung di Rod Laver Arena, di mana Li Na menewaskan Dominika Cibulkova pada 2014 untuk menjadi pemain Asia pertama menjulang trofi di Melbourne Park.

Zheng sebelum ini memuji pemenang dua kali Grand Slam, Li Na kerana berjaya menanam "benih impian dalam hatinya" dan dia sekali memuji pemain itu selepas menewaskan Wang.

"Saya duduk di sana di hadapan TV, menonton perlawanan itu (akhir 2014) dari awal hingga akhir," kata pilihan ke-12 Zheng, yang berusia 11 tahun ketika itu.

"Perlawanan akhir itu saya sudah menontonnya lebih 10 kali, jadi saya mempunyai banyak kenangan.

"Maksud saya, dia adalah pemain luar biasa, wanita Asia pertama yang memenangi Grand Slam. Macam mana awak boleh tak ingat."

Zheng, bintang tenis muda paling cemerlang di China, kini menjadi 15 terbaik dunia dan sedang berusaha untuk membina kejayaan selepas cemerlang tahun lalu.

Dia memenangi kejuaraan WTA pertamanya di Palermo dan diikuti dengan kejuaraan kedua di Zhengzhou pada penghujung musim ini, sambil mara ke pusingan lapan terakhir di Terbuka AS dan memenangi pingat emas Sukan Asia.

Dia seterusnya akan berdepan pemain bukan pilihan, Oceane Dodin, yang menewaskan rakan senegara Perancis, Clara Burel dalam straight set.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2024 @ 1:08 PM