PELAYO Sanchez. FOTO Agensi
PELAYO Sanchez. FOTO Agensi
Reuters

Rome: Pelumba Sepanyol, Pelayo Sanchez memenangi peringkat keenam perlumbaan berbasikal Giro d'Italia apabila dia mengatasi dua pelumba lain di hujung saingan.

Sanchez yang mewakili pasukan bersama Julian Alaphilippe dari Perancis (pasukan Soudal-QuickStep) dan pelumba Australia, Luke Plapp (dari pasukan Jayco AlUla) berjaya memisahkan diri daripada kelompok pelaton yang mengejar mereka dari awal perlumbaan yang memakan jarak sejauh 180km itu.

Namun Sanchez, 24, terlebih dulu 'mencium' garisan penamat manakala pendahulu keseluruhan, Tadej Pogacar sekadar menamatkan kayuhan bersama kelompok pelaton yang lain.

"Ia (perlumbaan) menakjubkan, hari yang gila bagi saya. Saya tidak dapat bayangkan memenangi peringkat ini.

"Saya mengerah sepenuh tenaga sepanjang perlumbaan ini dan saya menunggu masa untuk melakukan pergerakan. Nasib baik saya adalah yang terpantas dalam pecut," kata Sanchez.

Sementara itu, Pogacar masih mendahului selaku pelumba terbaik keseluruhan dengan kelebihan 46 saat di depan.

Pesaing terdekat Pogacar adalah Geraint Thomas dan di tempat ketiga Dani Martinez.

"Bagi saya ia perlumbaan yang sempurna dan baik. Kami tidak mahu membuang terlalu banyak tenaga.

"Walaupun tidak dapat menamatkan perlumbaan di kelompok atasan tapi ia peringkat perlumbaan yang baik dan kami gembira dengan prestasi pasukan," kata Pogacar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2024 @ 12:55 PM