NADAL akan kembali ke gelanggang berdepan Alcaraz tahun depan. -FOTO AFP
NADAL akan kembali ke gelanggang berdepan Alcaraz tahun depan. -FOTO AFP
AFP

Paris: Rafael Nadal bakal menentang Carlos Alcaraz dalam perlawanan di Las Vegas pada 3 Mac, kata penyiar dan penganjur perlawanan tersebut, Netflix.

Pemenang 22 kali Grand Slam, Nadal bakal bertemu rakan senegara dari Sepanyol yang juga pemain nombor dua dunia, Alcaraz di Michelob Ultra Arena di Mandalay Bay Resort.

Perlawanan itu adalah sebahagian daripada kemunculan semula Nadal ke gelanggang selepas hampir setahun menghilang akibat kecederaan.

Nadal berkata, "Saya sangat teruja beraksi di Las Vegas buat pertama kali kerana ia salah satu bandar paling ikonik dan menyeronokkan di dunia.

"Saya juga sangat teruja untuk bermain dengan rakan senegara saya Alcaraz dan pastinya ia bakal menjadi malam tenis yang hebat," kata pemain berusia 37 tahun itu.

Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan pemenang Wimbledon tahun ini Alcaraz dianggap pewaris Nadal dalam kancah kebangsaan dan global.

Pasangan ini hanya pernah bersemuka tiga kali.

Alcaraz berkata sebelum perlawanan yang digelar "The Netflix Slam: "Saya berbesar hati dan sangat gembira dapat berkongsi gelanggang dengan Rafa di Las Vegas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2023 @ 12:21 PM