ALCARAZ berjaya bangkit menewaskan Ruusuvuori. FOTO Reuters
ALCARAZ berjaya bangkit menewaskan Ruusuvuori. FOTO Reuters
AFP

Madrid: Juara bertahan Carlos Alcaraz terselamat daripada kekalahan memalukan sebelum menewaskan Emil Ruusuvuori dalam pertarungan tiga set seterusnya mara ke pusingan ketiga Terbuka Madrid dan mengakui dia "tidak tahu apa yang perlu dilakukan" ketika berada di waktu genting.

Pemain nombor dua dunia dan juara Terbuka AS, Alcaraz bangkit untuk menewaskan pemain ranking ke-41 dari Finland itu, 2-6, 6-4, 6-2.

"Ia benar-benar sukar. Saya hampir kalah," kata Alcaraz yang mengalahkan Rafael Nadal dan Novak Djokovic di Madrid tahun lalu.

"Ia sangat rumit. Terdapat saat-saat yang saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan."

Alcaraz, yang baru mempertahankan kejuaraan Barcelona hujung minggu lalu, akan menentang pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov untuk penentuan ke pusingan 16 terakhir.

Alcaraz yang berusia 19 tahun melakukan 10 ace sepanjang 36 kemenangannya tetapi terpaksa menyelamatkan sembilan daripada 11 break point dalam pertembungan yang berlangsung 2 jam 16 minit.

Lima daripadanya hadir ketika dia ketinggalan 3-2 di set kedua.

"Ia hanya satu mata," tambah Alcaraz. "Salah satu break point yang dia ada pada kedudukan 2-3 di set kedua adalah seperti mata perlawanan untuknya.

"Saya sangat gembira kerana dapat menyelamatkan permainan itu dan kembali mendapat sedikit keyakinan. Ia benar-benar sukar. Emil mempamerkan permainan luar biasa, tetapi saya benar-benar gembira dapat melaluinya."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2023 @ 12:15 PM