PAUL (kiri) mencabar McGregor beraksi di gelanggang tinju. FOTO Agensi
PAUL (kiri) mencabar McGregor beraksi di gelanggang tinju. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Jake Paul mampu menewaskan Conor McGregor di dalam gelanggang tinju, kata jurulatih bekas bintang UFC, Khabib Nurmagomedov.

YouTuber berusia 24 tahun itu yang bertukar profesion sebagai petinju, mencabar McGregor untuk bertarung pada tahun ini sekali gus meminta semula bintang Ireland itu kembali bertarung di gelanggang tinju.

Bekas pelatih Khabib, Javier Mendez yang juga pernah melatih Cain Velasquez dan Daniel Cormier berasakan Paul mempunyai peluang untuk menewaskan McGregor.

Bercakap kepada Betway, dia berkata: "Jake mempunyai banyak kelebihan berbanding Conor.

"Saiz badan adalah faktor paling ketara dan dia sudah pun terbabit dengan sukan tinju lebih tiga tahun selain mempunyai pengalaman beraksi dengan petarung profesional.

"Jadi dia tidak sepatutnya bimbang dengan Conor atau sesiapa sahaja.

"Benar, Jake tidak mempunyai banyak pengalaman tetapi dia serius dalam sukan tinju sedangkan Conor tidaklah kerap bertinju," katanya.

Paul juga mencabar beberapa petinju ternama termasuk juara dunia, Saul 'Canelo' Alvarez.

Namun Mendez berkata, Paul perlu memikirkan semula cabaran itu kerana dia bakal berdepan kesukaran jika bertemu lawan seperti Canelo.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Oktober 2021 @ 8:43 PM