ZAIDATUL mendapat tajaan Under Armour sejak enam tahun lalu. FOTO Under Armour
ZAIDATUL mendapat tajaan Under Armour sejak enam tahun lalu. FOTO Under Armour
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Bergelar seorang atlet sudah tentu bukan satu perkara yang mudah memandangkan pelbagai pengorbanan dan halangan terpaksa ditempuhi oleh golongan ini.

Justeru sudah tentu sokongan dan dokongan pelbagai pihak sangat penting buat golongan atlet yang akan membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Bagi pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli dia mengakui pada usianya menjangkau 30 tahun, sokongan dan dokongan daripada semua pihak sangat penting dalam mengekalkan prestasi lariannya.

Sebagai contoh katanya, sokongan yang tidak berbelah bahagi dari penajanya, Under Armour sejak enam tahun lalu banyak membantunya terutamnaya dalam persiapan menghadapi Sukan Sea Kemboja.

"Sebagai seorang atlet negara, saya dan pasukan saya mempunyai keharmonian yang baik dan sentiasa menyokong satu sama lain semasa latihan, sebelum dan selepas pertandingan.

"Mereka memberi semangat kepada saya apabila keadaan menjadi sukar dan itu membantu saya bersedia secara mental untuk kejohanan kecil atau besar.

"Selain itu, saya juga gembira mendapat sokongan daripada rakan-rakan duta Under Armour yang sentiasa menyokong saya semasa bertanding dalam mana-mana kejohanan.

"Walaupun rakan-rakan duta saya mewakili sukan yang berbeza, mereka sentiasa menjadi penyokong terbesar saya, macam motto Under Armour Protect This House," katanya.

Dalam masa yang sama Zaidatul berkata sokongan yang diberikan Under Armour dalam menyediakan peralatan termasuk kasut dan barangan lain banyak membantunya terutama dalam mengelakkan kecederaan.

"Pemilihan peralatan termasuk kasut dan barangan lain sangat penting untuk saya gunakan ketika berlatih dan menghadapi kejohanan.

"Under Armour banyak membantu saya dalam mengurangkan kecederaan dengan barangan yang berkualiti dan memberi keselesaan untuk saya. Sebagai contoh, untuk Sukan Sea Kemboja 2023, Under Armour menyediakan kasut UA HOVR Sonic 6 yang terbaru di mana ia sangat selesa, tapak yang lembut dan sangat ringan dan menyokong kaki saya semasa berlari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2023 @ 2:44 PM