AKSI Caroline selepas menewaskan pemain Kanada, Rebecca Marino. FOTO EPA
AKSI Caroline selepas menewaskan pemain Kanada, Rebecca Marino. FOTO EPA
Reuters

Guadalajara: Coco Gauff dan Caroline Garcia layak ke Pusingan Akhir WTA selepas Aryna Sabalenka tewas mengejut kepada Liudmila Samsonova di pusingan kedua Terbuka Guadalajara pagi tadi.

Pemain Rusia, Liudmila yang menang 20 daripada 22 perlawanan terakhirnya mencipta 22 'winner' dan mematahkan servis kencang pemain Belarus itu empat kali sebelum menang 6-4, 2-6, 6-2 ke atas pemain nombor empat dunia itu.

Pusingan Akhir WTA menampilkan lapan pemain terbaik dunia yang akan bermula 31 Oktober.

Dengan Iga Swiatek, Ons Jabeur dan Jessica Pegula sudah pun mengesahkan tiga teratas sebelum Terbuka Guadalajara dan dua lagi slot milik pemain Amerika Syarikat, Coco dan pemain Perancis, Caroline menjadikan tiga lagi berbaki untuk direbut.

Pilihan kelima Coco tidak berada pada prestasi terbaik namun masih mampu menewaskan pemain Itali, Elisabetta Cocciaretto 7-6(1) 6-3.

Danielle Collins dan Jelena Ostapenko masih berpeluang layak ke Pusingan Akhir selepas mereka menang ke atas lawan masing-masing pada pusingan kedua semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2022 @ 11:44 AM