MARIA meraikan kemenangan dengan mencium trofi kejohanan.
MARIA meraikan kemenangan dengan mencium trofi kejohanan.
Reuters

Guadalajara: Maria Sakkari dari Greece mengakhiri 'kisah dongeng' pemain Amerika Syarikat Caroline Dolehide di final Terbuka Guadalajara awal pagi tadi untuk menjuarai WTA 1000 pertamanya sekali gus menamatkan kemarau gelaran empat tahun.

Pilihan kedua Maria mengatasi Caroline yang menduduki ranking ke-111 dunia dengan kemenangan 7-5, 6-3 untuk gelaran kedua dalam kariernya tanpa tercicir sebarang set di kejohanan itu.

Maria tewas enam aksi final sejak menjuarai gelaran pertama di WTA 250 di Rabat pada 2019. Dia muncul naib juara kepada Jessica Pegula di Guadalajara tahun lalu.

"Kami mendengar banyak perkara buruk. Antaranya saya tak akan muncul juara dan saya duduki lima teratas hanya dengan satu gelaran," katanya yang mengalirkan air mata selepas tamat perlawanan.

"Cabaran itu sukar saya atasi, jadi saya sangat sembira dapat melakukannya di sini. Saya berterima kasih kepada jurulatih Tom yang bersama saya lima tahun. Kami menunggu lebih empat tahun untuk gelaran kedua ini."

Maria yang menduduki ranking kesembilan dunia dijangka melonjak ke tangga keenam manakala Caroline, 25, bakal tersenarai dalam kelompok 50 terbaik dunia buat kali pertama apabila ranking terbaru dikemaskini esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2023 @ 11:39 AM