AKSI Victoria ketika menentang Madison di Terbuka Gualadajara.
AKSI Victoria ketika menentang Madison di Terbuka Gualadajara.
Reuters

Mexico: Victoria Azarenka mengatasi cabaran sengit Madison Keys 6-4, 6-7(4), 6-1 di Guadalajara awal pagi tadi sekali gus menamatkan harapan pemain Amerika Syarikat (AS) itu untuk layak ke Pusingan Akhir WTA.

Menanti Victoria di suku akhir ialah seorang lagi pemain AS, Coco Gauff yang menewaskan pemain Itali, Martina Trevisan 6-0, 6-3.

Ia pertemuan pertama di antara juara dua kali Grand Slam, Victoria yang berusia 33 tahun dengan lawannya yang 15 tahun lebih muda daripadanya.

Dua lagi pemain Aryna Sabalenka dan Daria Kasatkina turut layak ke Pusingan Akhir WTA selepas meraih slot keenam dan ketujuh.

Daria tampil kali pertama di kejohanan penutup musim itu selepas menang di San Jose dan Granby manakala pemain ranking keempat, Aryna beraksi kali kedua selepas mara ke separuh akhir di Flushing Meadows.

Pemain ranking ketiga Jessica Pegula dari AS meneruskan prestasi cemerlangnya musim ini selepas menewaskan bekas juara Terbuka AS Bianca Andreescu 6-4, 6-4 dan akan menentang rakan sepasukan Sloane Stephens yang menewaskan pemain Perancis, Caroline Garcia 7-6(6), 7-5.

Veronika Kudermetova pula menewaskan pemain Latvia, Jelena Ostapenko 6-4, 6-4 dan akan menentang sama ada pemain AS, Danielle Collins atau pemain Greece, Maria Sakkari manakala pemain Czech, Marie Bouzkova bangkit menewaskan Liudmila Samsonova 0-6, 7-5, 6-3.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2022 @ 12:21 PM