AKSI Emma ketika bertemu Petra. FOTO Agensi
AKSI Emma ketika bertemu Petra. FOTO Agensi
AFP

Indian Wells: Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu mengalami kekecewaan lagi apabila tersingkir pada pusingan ketiga kejohanan Indian Wells WTA dan ATP Masters selepas tewas 6-7 (3/7), 6-4, 7-5 di tangan Petra Martic.

Ia tamparan terbaru buat Emma yang tersingkir seawal pusingan kedua Terbuka Australia, Januari lalu.

Dia adalah pilihan utama pada saingan di Guadalajara bulan lalu namun kecederaan pinggul memaksanya menarik diri pada pusingan pertama.

Sepanjang tujuh kejohanan selepas memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS), pencapaian terbaiknya adalah melangkah ke suku akhir Terbuka Transylvanian, October tahun lalu.

Petra yang menduduki ranking ke-79 dunia, meraih kemenangan kali pertama ke atas pemain yang menduduki kelompok 20 terbaik selepas lebih dua tahun.

"Kemenangan ini sangat bermakna kerana saya benar-benar mahukannya. Saya dapat kekal tenang apabila tidak beraksi dengan begitu baik," kata Petra.

Pada aksi seterusnya, Petra akan bertemu Liudmila Samsonova yang menewaskan Danka Kovinic 6-4, 6-7 (7/4).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mac 2022 @ 12:44 PM