SAUDARA dan rakan-rakan memberi penghormatan terakhir kepada Quinones. FOTO AFP
SAUDARA dan rakan-rakan memberi penghormatan terakhir kepada Quinones. FOTO AFP
Reuters

Barranquilla: Petinju welterweight remaja Colombia, Luis Quinones meninggal dunia lima hari selepas tumpas dalam pertarungan menentang Jose Munoz di Barranquilla, Colombia.

Quinones, 25, yang mempunyai rekod terakhir 10-1, koma selepas rebah di atas lantai pada pusingan kelapan pertarungan berkenaan.

Penganjur pertarungan Cuadrilatero Boxing mengeluarkan kenyataan di media sosial selepas Quinones disahkan meninggal dunia di Klinik Umum Utara di Barranquilla.

"Cuadrilatero Boxing amat dukacita dengan kematian Luis Quinones, seorang insan yang luar biasa dan berdisiplin serta sentiasa menunjukkan komitmen besar terhadap sukan ini.

"Luis sangat berminat dengan tinju, sehinggakan dia meninggalkan kampung halamannya di Barrancabermeja untuk meneruskan kerjayanya di Barranquilla dan menjadi atlet negara," kata kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2022 @ 11:16 AM