BORJA (kanan) meraikan gol penyamaan ketika menentang Argentina. FOTO AFP
BORJA (kanan) meraikan gol penyamaan ketika menentang Argentina. FOTO AFP
AFP

Montevideo: Miguel Borja menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk membantu Colombia mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang Argentina di perlawanan kelayakan Piala Dunia di Barranquilla.

Argentina bermula dengan cemerlang, apabila mendahului 2-0 pada selepas perlawanan memasuki minit kelapan melalui gol Cristian Romero dan Leandro Paredes.

Bagaimanapun, pemain gantian Colombia berjaya mengubah kedudukan pada separuh masa kedua apabila Luis Nuriel menyempurnakan penalti dan Borja membantu pasukannya untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata ketika di hujung saingan.

"Kami turun dengan memberi tekanan kepada mereka, kami menjaringkan dua gol, namun kami tidak dapat bertahan, saya rasa kami terlalu penat," kata penyerang Argentina, Lautaro Martinez.

Argentina kekal tanpa kalah di tempat kedua, manakala Colombia tidak berada di kedudukan automatik untuk layak ke Piala Dunia selepas menghuni tempat kelima.

Selepas tiga minit aksi berlangsung, Romero melompat tinggi untuk menanduk masuk sepakan percuma Rodrigo De Paul.

Beberapa minit kemudian, Lionel Messi melakukan hantaran kepada Marcus Acuna yang melakukan rembatan namun bola yang membias itu sedikit tersasar melepasi palang.

Colombia gagal untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya selepas sepakan penjuru dan keadaan kelam-kabut membolehkan Paredes melepasi empat pemain sebelum merembat rendah menumpaskan penjaga gol David Ospina.

Selepas enam minit aksi separuh masa kedua, Nicolas Otamendi menjatuhkan Mateus Uribe di dalam petak penalti dan Muriel tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan berkenaan.

Borja muncul wira Colombia, apabila menanduk masuk gol penyamaan selepas menerima hantaran lintang Juan Cuadrado.

Sementara itu, Peru meraih kemenangan pertama dalam kempen kelayakan tapi masih kekal di tangga terbawah selepas menundukkan Ecuador 2-1.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Jun 2021 @ 12:23 PM