AKSI  Salimatou (kanan) ketika menentang Serbia.  FOTO EPA
AKSI Salimatou (kanan) ketika menentang Serbia. FOTO EPA
AFP

Sydney: Badan sukan bola keranjang dunia, Fiba menyiasat insiden pergaduhan membabitkan dua pemain Mali selepas tamat perlawanan Piala Dunia Bola Keranjang Wanita, semalam.

Kekecohan yang tercetus di zon media di Sydney dirakam kamera televisyen ketika pemain Serbia, Sasa Cado ditemu ramah wartawan. Serbia menewaskan Mali 81-68.

Klip video pendek menunjukkan pemain Mali, Salimatou Kourouma melepaskan tiga tumbukan ke arah rakan sepasukannya.

Pemain Mali yang lain pantas mendapatkan mereka dan cuba menghentikan pergaduhan itu.

"Susulan insiden itu, Fiba akan menjalankan siasatan," menurut badan sukan terbabit dalam satu kenyataan. "Keputusan mengenai sebarang tindakan disiplin akan ditentukan kemudian."

Mali masih belum menang di Piala Dunia dan akan menentang Kanada dalam aksi terakhir mereka.

Mereka mara ke Piala Dunia kali kedua selepas menggantikan Nigeria pada saat akhir yang bedepan masalah dalaman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2022 @ 10:31 AM