ANDRE meraih pingat emas dalam acara lompat jauh lelaki akhir pada Sukan Malaysia (Sukma) di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. FOTO Bernama
ANDRE meraih pingat emas dalam acara lompat jauh lelaki akhir pada Sukan Malaysia (Sukma) di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. FOTO Bernama
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Penantian buat atlet lompat jauh Sabah, Andre Anura pada tiga edisi Sukan Malaysia (Sukma) berakhir apabila dia berjaya memenangi emas dalam acara lompat jauh sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu menyaksikan Andre berjaya melakukan lompatan sejauh 7.40 meter (m) sekali gus mengatasi pencabar tedekat lain.

Atlet mewakili Terengganu, Muhammad Shahrizal Nasharuddin Isam pula memenangi tempat kedua dengan catatan 7.25 m manakala seorang lagi wakil Sabah Muhammad Sunik Muslimin pula membawa pulang gangsa (7.24 m).

Andre berkata, penantian selama lebih enam tahun untuk memenangi emas berakhir dengan kemenangan terbabit menjadi antara detik terindah untuk musim ini.

Katanya, Sukma kali ini adalah penyertaan kali terakhirnya memandangkan sudah berusia sekali gus akan memberi laluan kepada 'muka baru' untuk menyerlah di temasya dwi tahunan itu.

"Ini adalah emas yang pertama untuk lompat jauh sebelum ini pada tahun 2018 saya sasar untuk memenangi tempat pertama namun terpaksa berpuas hati membawa pulang perak.

"Penyertaan pada kali ini adalah hanya untuk menikmati acara lompat jauh kerana selepas ini akan memberi tumpuan pada lompat kijang pula selepas memenangi pingat emas di Sukan Sea Vietnam dalam acara berkenaan.

"Paling penutup penyertaan dalam kejohanan pada musim ini dengan kejayaan penuh bermakna apabila mengakhiri penantian emas di Sukma," katanya, ketika ditemui selepas majlis penyampaian pingat, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2022 @ 12:46 PM