SRIVEN mengungguli acara akhir 10,000 meter jalan kaki di temasya Sukma di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO Hazreen Mohamad
SRIVEN mengungguli acara akhir 10,000 meter jalan kaki di temasya Sukma di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO Hazreen Mohamad
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Atlet Pulau Pinang, Sriven Tan meneruskan legasi keluarga apabila memenangi emas dalam acara 10 kilometer (km) jalan kaki Sukan Malaysia (Sukma) 2022, hari ini.

Acara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan Sriven cukup sukar untuk digugat oleh peserta lain apabila meninggalkan jauh peserta di tempat kedua dengan catatan masa 48 minit 15 saat sekali gus menambah koleksi emas buat Pulau Pinang.

Pencabar terdekat Sriven iaitu peserta dari Melaka, Muhammad Fakhrul Razi Jailani memenangi perak dengan catatan masa 48 minit 21 saat manakala M Sivanesh dari Negeri Sembilan memenangi gangsa (50 minit 42 saat).

Mengikut rekod, bapa kepada Sriven, Tan Chee Leong turut pernah menyertai Sukan Malaysia (Sukma) 1994,1996 dan 1998 dengan membawa pulang gangsa untuk ketiga-tiga penyertaan itu.

Selain itu, Sriven yang juga pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Datuk Haji Abdul Kadir menyimpan hasrat untuk mewakili negara di pentas Sukan Sea akan datang.

"Saya hanya mahu buat yang terbaik dan perkara paling penting adalah berjaya memenangi pingat emas pertama di Sukma," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2022 @ 2:28 PM