RACHEL dan Aifa bersama pemenang pingat emas dan gangsa.
RACHEL dan Aifa bersama pemenang pingat emas dan gangsa.
Amirullah Andi Nur


Birmingham: Rachel Arnold-Aifa Azman memenangi pingat gangsa acara beregu wanita selepas menewaskan rakan senegara, Noor Ainaa Amani Ampandi-Chan Yiwen pada aksi penentuan pingat berkenaan di temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, awal pagi tadi.

Pada aksi di Pusat Skuasy dan Hoki University of Birmingham, mereka menang dengan keputusan 11-3, 11-9.

Kedua-dua beregu negara terlepas peluang meraih sekurang-kurangnya pingat perak apabila tersingkir di peringkat separuh akhir semalam.

Pingat emas acara itu dimenangi wakil New Zealand, Joelle King-Amanda Landers-Murphy yang mengatasi beregu England, Sarah-Jane Perry dan Alison Waters, 2-0 (11-8, 11-8).

Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Ng Eain Yow-Ivan Yuen terlepas pingat gangsa acara mereka selepas tunduk kepada gandingan dari Scotland Greg Lobban-Rory Stewart 0-2 (10-11, 6-11) pada aksi penentuan tempat ketiga.

Pingat emas milik wakil tuan rumah, England, James Willstrop-Declan James selepas menewaskan rakan senegara, Adrian Waller-Daryl Selby, 2-1 (11-3, 7-11, 11-9).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2022 @ 7:05 AM