SHAHRUL Zaman berkata dua pegawai kontinjen negara itu masih menjalani kuarantin. FOTO AZIAH AZMEE
SHAHRUL Zaman berkata dua pegawai kontinjen negara itu masih menjalani kuarantin. FOTO AZIAH AZMEE
Daripada Amirullah Andi Nur


Birmingham: Dua pegawai kontinjen Malaysia disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani proses kuarantin, kata Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2022, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Namun beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

"Dua pegawai kontinjen negara masih menjalani kuarantin kerana positif Covid-19. Kita akan lepaskan mereka bila tahap positif mereka berkurangan.

"Namun secara keseluruhannya semua dalam keadaan baik," katanya di sini, hari ini.

Mengenai kedudukan atlet negara, Shahrul berkata sejumlah mereka sudah berada di sini, sekurang-kurangnya seminggu lebih awal untuk menyesuaikan diri dengan cuaca dan venue pertandingan selain keadaan mereka juga semua baik.

Mengenai pakaian rasmi kontinjen negara pada perasmian Sukan Komanwel esok, Shahrul bagaimanapun belum sedia berkongsi mengenainya.

"Pakaian kontinjen ngara untuk acara pembukaan masih embargo," katanya dalam nada berseloroh.

Perasmian Sukan Komanwel 2022 dijadual diadakan di Stadium Alexander, di sini, jam 7 malam esok atau awal pagi Jumaat waktu Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2022 @ 6:42 PM