SYDNEY ungguli acara 400m lari berpagar. -FOTO AFP
SYDNEY ungguli acara 400m lari berpagar. -FOTO AFP
AFP

Eugene, Amerika Syarikat: Pelari Amerika Syarikat, Sydney McLaughlin mencipta rekod dunia baru sekali gus memadamkan rekod lama miliknya selepas berjaya merangkul emas dalam di Kejohanan Dunia acara 400m lari berpagar.

Memulakan dengan sebagai baik McLaughlin mencatatkan masa 50.68 saat (s). Setengah saat lebih pantas daripada rekod dunia sebelum ini iaitu 51.41s yang dicatatkan bulan lalu.

Femke Bol dari Belanda meraih perak dengan catatan 52.27s manakala juara bertahan Dalilah Muhammad dari AS gangsa.

"Sejujurnya saya hanya mahu melakukannya," kata Sydney.

"100m terakhir benar-benar menyakitkan tetapi saya bersyukur mempunyai orang ramai yang memberikan sokongan dan juga pasukan AS," katanya.

Sydney berada di kelas tersendiri apabila turut beraksi beberapa minit sebelum itu dalam acara 400m wanita.

Perlumbaan 400m wanita itu dimenangi juara Olimpik dua kali Shaunae Miller-Uibo dari Bahamas.

Shaunae yang sebelum ini terpaksa melepaskan emas ketika di Doha pada 2019 kepada pelari Bahrain Salwa Eid Nasr dan digantung daripada menyertai Olimpik Tokyo kerana gagal ujian doping mencatatkan rekod 49.11s di Hayward Field.

Marileidy Paulino dari Republik Dominican meraih perak 49.60s manakala Sada Williams dari Barbados gangsa 48.75.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Julai 2022 @ 12:02 PM