SYDNEY Mclaughlin bergambar bersama rekod dunia baharu miliknya. FOTO AFP
SYDNEY Mclaughlin bergambar bersama rekod dunia baharu miliknya. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Sydney McLaughlin dari Amerika Syarikat meleburkan rekod dunia miliknya sendiri selepas memenangi acara final lari berpagar 400 meter (m) di Olimpik Tokyo, hari ini.

Sydney melakukan catatan 51.46 saat (s) manakala juara dunia dan pemenang pingat emas Olimpik 2016, Dalilah Muhammad meraih perak dengan catatan 51.58s.

Femke Bol dari Belanda pula menyambar gangsa selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan 52.03s.

Sydney yang berusia 21 tahun, memperbaiki catatan rekod dunia 51.90s yang dilakukannya ketika kejohanan ujian Olimpik Amerika Syarikat di Oregon, Jun lalu

Dalilah, 31, turut berjaya memecahkan rekod dunia lama milik Sydney.

Kemenangan Sydney hadir selepas mempamerkan taktikal larian meyakinkan ketika turut menyaksikan Dalilah melakukan permulaan dengan baik.

Dalilah terus mendahului sehingga pagar yang terakhir namun Sydney memecut di hujung saingan untuk merangkul pingat emas.

Kemenangan itu hadir sehari selepas acara 400m lari berpagar lelaki turut menyaksikan pertembungan epik antara Karsten Warholm dan Rai Benjamin yang menyaksikan Warholm muncul pemenang dan mencatat rekod dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 11:18 AM