BENJAMIN tiada masalah kuasai acara 400m. -FOTO AFP
BENJAMIN tiada masalah kuasai acara 400m. -FOTO AFP
AFP

Walnut, Amerika Syarikat: Pemenang pingat perak Olimpik 400 meter (m) lari berpagar, Rai Benjamin, menghadiahkan kemenangan meyakinkan apabila merakam masa 44.42 saat (s) di Mt. SAC di mana rakan senegara Amerika Sydney McLaughlin-Levrone kembali bertanding buat kali pertama sejak Julai.

Benjamin yang juga pemenang pingat emas Olimpik dan juara dunia dua kali dalam acara lari berganti-ganti 4x400m, dengan mudah memenangi acara acara 400m ketika dia dalam persiapan untuk beraksi di temasya Olimpik Paris.

Dia meletakkan sasaran meraih emas dalam acara 400m lari berpagar selepas tewas kepada Karsten Warholm dari Norway di Tokyo.

Sementara itu, McLaughlin-Levrone, pemegang rekod dunia dan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo dalam acara 400m lari berpagar wanita, kembali ke trek buat kali pertama sejak Julai lalu.

Dia yang mengalami kecederaan lutut terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Budapest pada Ogos lalu.

McLaughlin-Levrone turut beraksi dalam lari berganti-ganti 4x100m di kejohanan berkenaan.

"Team Kersee" yang dilatih oleh jurulatih AS, Bob Kersee, menduduki tempat kedua merakam 42.92s tewas kepada kuartet Great Britain yang diketuai oleh Dina Asher-Smith (42.03).

Tiga pelari terpantas akan berlatih bersama di Austin, Texas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 11:25 AM