WARHOLM alami kecederaan otot hamstring. -FOTO AFP
WARHOLM alami kecederaan otot hamstring. -FOTO AFP
AFP

Paris: Juara Olimpik dan pemegang rekod dunia dalam acara 400m lari berpagar, Karsten Warholm berkata dia masih belum pasti sama ada akan beraksi di Kejohanan Dunia di Oregon yang akan bermula 15 Julai ini.

Warholm mengalami kecederaan ketika dia kembali daripada menyertai Liga Berlian di Rabat pada awal Jun dengan kecederaan 'otot koyak' di hamstring.

"Ia mengambil masa untuk pulih daripada kecederaan itu," kata bintang Norway berusia 26 tahun itu.

"Sudah tentu sukar kerana ia bukan masa yang baik.

"Tapi saya mula berasa lebih baik setiap hari dan tidak boleh memaksanya untuk sembuh jadi saya harap ia akan semakin baik dari hari ke sehari.

"Saya mula berasa petanda positif dan mula merasa ada sedikit harapan," katanya.

Warholm menerima rawatan di Jerman dengan sesi rawatan di kolam renang dan fisioterapi dan berharap dapat kembali cergas di untuk beraksi Eugene.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2022 @ 8:48 AM