WARHOLM beraksi cemerlang di Monaco. FOTO AFP
WARHOLM beraksi cemerlang di Monaco. FOTO AFP
AFP

Monaco: Karsten Warholm mengeluarkan amaran kepada pencabar emas kejohanan dunia dalam acara 400 meter (m) lari berpagar lelaki di Budapest bulan depan selepas beraksi cemerlang di Liga Berlian di Monaco.

Atlet dari Norway itu meraih kemenangan dengan aksi menakjubkan apabila mencatat masa 46.51 saat (s) yang menakjubkan, untuk mencatat masa kedua terpantas pernah dilakukannya dan larian keempat paling laju dalam sejarah.

Juara Olimpik berusia 27 tahun dan pemegang rekod dunia itu mengalami masalah pada kejohanan dunia tahun lalu di Eugene, di mana dia baru pulih daripada kecederaan hamstring dan hanya menduduki tempat ketujuh dalam perlumbaan akhir.

Ia membolehkan pelari Brazil, Alison Dos Santos mendapat emas, tetapi siapa yang bertaruh pelari lain mampu mengalahkan Warholm kali ini memang sangat berani, tatkala sensasi itu memburu gelaran dunia kali ketiga di Budapest pada 19 hingga 27 Ogos depan.

"Ia benar-benar bagus untuk melakukan ini sekali lagi - 0.01 saat dari rekod Liga Berlian dan juga rekod prestasi, ia sangat bagus," kata Warholm.

"Saya melalui proses pemanasan badan yang sangat baik jadi saya bersedia untuk melakukan apa yang saya lakukan dan beraksi bersungguh-sungguh. Keadaan di sini sangat baik, sedikit berangin dan panas.

"Jadi saya hanya akan keluar dengan beraksi bersungguh-sungguh dan matlamat saya sentiasa untuk berjuang sehingga tamat."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2023 @ 5:12 PM