EWAN meraikan kemenangan.  FOTO AFP
EWAN meraikan kemenangan. FOTO AFP
AFP

PELUMBA Australia, Caleb Ewan memenangi peringkat ke-11 Tour de France dalam saingan penamat sengit yang terpaksa ditentukan menerusi 'foto finish' manakala Primoz Roglic mengekalkan kedudukan pendahulu keseluruhan.

Pelumba Lotto Soudal itu mengatasi cabaran pemenang pada Selasa lalu yang juga rakan latihan, Sam Bennett yang memakai jersi hijau.

"Saya tahu betapa dia bekerja keras dan amat bermakna kepadanya dan begitu juga kepada saya,'' kata Ewan.

"Dia salah seorang kawan baik saya, kami tinggal di blok sama dan berlatih bersama.''

Sementara itu, pemenang tujuh kali jersi hijau, Peter Sagan kedua mencecah garisan penamat tetapi disingkir ke tempat terakhir dan dipotong 13 mata selepas mencelah dengan berbahaya ketika melepasi Wout van Aert.

AKSI Sagan (kiri)  Van Aert (dua dari kiri) ketika memecut ke garisan penamat. FOTO AFP
AKSI Sagan (kiri) Van Aert (dua dari kiri) ketika memecut ke garisan penamat. FOTO AFP

Sagan juga disingkir daripada Jelajah pada 2017 selepas menyebabkan Mark Cavendish terjatuh ketika menuju ke garisan penamat.

"Saya fikir ia betul, ia mengenai pecutan,'' kata Ewan merujuk insiden itu.

Rakan sepasukan Van Aert dari pasukan Jumbo-Visma, Roglic mempunyai dua pandangan.

"Ia keputusan yang betul dalam satu cara,'' kata Roglic yang mendahului juara bertahan Egan Bernal dengan 21 saat.

"Pelumba pecut berbeza berbanding kami, mereka pelumba 'gila' tetapi ia masih perlu adil,'' katanya.

Ewan memenangi tiga peringkat pada 2019 dan berkata dia memburu gelaran ketiga di Jelajah itu dengan merentasi Alps yang menjadi ikon Tour de France.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2020 @ 12:29 PM