KERLEY (tengah) membuktikan kehebatannya di Eugene. FOTO AFP
KERLEY (tengah) membuktikan kehebatannya di Eugene. FOTO AFP
AFP

Eugene: Fred Kerley mencatat masa terpantas tahun ini 9.76 saat (s) dalam saingan separuh akhir dan diikuti dengan catatan 9.77s untuk muncul juara 100 meter (m) saingan ujian balapan dan padang Amerika Syarikat (AS) sekali gus meletakkan sebagai pelari pilihan di Kejohanan Dunia bulan depan.

Larian separuh akhir Kerley, dengan bantuan angin sah 1.4m/s, berlaku sehari selepas dia mencatatkan 9.83s untuk catatan terpantas musim 2022 dalam aksi saringan.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo itu meneruskan rentak untuk saingan akhir dan ia tidak mengecewakan.

Walaupun dia tidak pantas di permulaan, dia berjaya bangkit di pertengahan perlumbaan untuk menamatkan perlumbaan di hadapan Marvin Bracy Williams dan Trayvon Bromell.

"Catatan masa terpantas saya membawa sehingga ke garisan penamat hari ini," kata Kerley, yang menambah bahawa dia 'menjangkakan sesuatu yang lebih pantas'.

Williams mencatat masa 9.85s terbaik dalam kariernya dan Bromell meraih tempat di Kejohanan Dunia dengan catatan 9.88s.

Penyandang juara dunia, Christian Coleman terlepas aksi final apabila mencatat masa keempat terpantas di separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Jun 2022 @ 3:09 PM