COLEMAN meraikan kejayaannya di Xiamen. FOTO Reuters
COLEMAN meraikan kejayaannya di Xiamen. FOTO Reuters
Reuters

Xiamen: Christian Coleman dari Amerika Syarikat berjaya meraih kemenangan dalam perlumbaan 100 meter (m) lelaki di Liga Berlian Xiamen apabila siri sehari perdana itu kembali ke China buat kali pertama dalam tempoh empat tahun selepas gangguan Covid-19.

Coleman melepasi garisan penamat dengan catatan 9.83 saat (s) untuk membuatkan Stadium Egret di Xiamen riuh-rendah, selepas menggantikan Shenzhen dan akan terus menjadi tuan rumah satu daripada dua saingan Liga Berlian di negara Asia sehingga 2032.

Dia mengatasi pelari Jamaica, Kishane Thompson yang mencatat 9.85s untuk meraih perak.

Juara dunia 2022 yang juga rakan senegara Coleman, Fred Kerley, meraih gangsa dengan catatan masa 9.96s.

Marcell Jacobs dari Itali, yang hampir tidak berlumba sejak kemenangan di Olimpik Tokyo, menduduki tempat ketujuh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2023 @ 9:35 PM