TAYLOR Fritz tewaskan Cameron Norrie. FOTO EPA
TAYLOR Fritz tewaskan Cameron Norrie. FOTO EPA
AFP

Paris: Taylor Fritz terpaksa meninggalkan Terbuka Perancis menggunakan kerusi roda Mei lalu namun kepulangannya ke Paris kali ini membuktikan bahawa pengalaman lalu membawanya mara ke suku akhir Paris Masters selepas menewaskan Cameron Norrie 6-3, 7-6 (7/3).

Pemain Amerika berusia 24 tahun yang menewaskan pilihan ke-14 itu akan bertemu pemain nombor satu dunia Novak Djokovic yang menewaskan Fritz dalam penentuan lima set di terbuka Australia tahun ini.

Djokovic hadir ke Paris dengan perasaan bercampur baur itu mara ke lapan terakhir berkata, dia perlu lebih menjalani latihan selepas tujuh minggu berehat.

Bagaimanapun lawannya pada pusingan ketiga, Gael Monfils dari Perancis menarik diri sebelum perlawanan kerana kecederaan pangkal paha yang dialaminya selepas menang tiga set ke atas rakan senegara Adrian Mannarino, Rabu lalu.

Pemain nombor dua dunia, Daniil Medvedev dan pemain keempat dunia Alexander Zverev terpaksa berhempas pulas untuk mara ke kelompok lapan terbaik.

Medvedev bangkit daripada tewas set pertama untuk menang mengatasi Sebastian Korda 4-6, 6-1, 6-3 manakala pemain yang ditewaskan di final tahun lalu Zverev memerlukan dua jam 46 minit untuk mengatasi Grigor Dimitrov 7-6 (7/4), 6-7 (3/7), 6-3.

"Saya gembira dengan diri saya sendiri. Saya berjaya bertenang," kata Terbuka AS Medvedev.

"Secara fizikal pada penghujungnya ia sukar buat kami berdua. Ia satu yang bagus bagi saya bermain tiga set.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 11:34 AM