Medvedev (kanan) melagakan genggaman tangan dengan Djokovic selepas mencatat kemenangan ke atas pilihan utama dari Serbia itu. FOTO AFP
Medvedev (kanan) melagakan genggaman tangan dengan Djokovic selepas mencatat kemenangan ke atas pilihan utama dari Serbia itu. FOTO AFP
AFP

London: Daniil Medvedev mengejutkan Novak Djokovic dalam aksi straight set untuk mengesahkan tempat dalam kelompok empat terakhir di ATP Finals manakala bekas juara, Alexander Zverev menghidupkan peluang dalam kempen itu dengan kemenangan.

Pemain pilihan keempat dari Rusia memberi tentangan sengit kepada pemain nombor satu dunia dengan mencatat kemenangan 6-3, 6-3 di O2 Arena.

Terdahulu, pemain pilihan kelima dari Jerman, Zverev menewaskan Diego Schwartzman 6-3, 4-6, 6-3, untuk kembali bangkit selepas kekalahan kepada Medvedev pada aksi pembukaan perlawanan kumpulan Tokyo 1970.

Pemain pilihan utama, Djokovic dalam usaha memburu gelaran bagi menyamai rekod kejuaraan keenam, Roger Federer, yang tidak beraksi pada kejohanan hujung musim itu kerana kecederaan.

Tetapi Medvedev, yang memenangi Paris Masters minggu lalu, menewaskan Djokovic dalam corak permainan tersendiri dan bertahan dengan baik.

Kemenangan Medvedev, 24, membolehkan dia mara ke peringkat separuh akhir namun juara lima kali, Djokovic masih mempunyai peluang untuk layak ke peringkat seterusnya apabila berdepan Zverev malam esok.

"Saya sentiasa gemar beraksi menentang Novak, terutama sekali kerana dia antara salah seorang daripada juara terhebat dalam sejarah sukan ini.

"Pada usia lapan tahun saya sudahpun menyaksikan perlawanannya di televisyen ketika memenangi Grand Slams." kata Medvedev.

"Dia masih terlalu muda ketika itu - jadi ia memang bagaikan impian jadi kenyataan untuk beraksi menentangnya."

"Saya membuat pukulan servis yang baik dan bermain cukup berhati-hati dalam antara detik penting ini malah disebabkan itu kenapa saya boleh menang." kata pemain Rusia itu.

Medvedev sebelum ini tewas dalam tiga perlawanan ketika beraksi dalam kejohanan sama buat pertama kali pada tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2020 @ 11:58 AM