THIEM meraikan kejayaan selepas menewaskan Zverev.  FOTO AFP
THIEM meraikan kejayaan selepas menewaskan Zverev. FOTO AFP
AFP

DOMINIC Thiem bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum menewaskan pemain Jerman, Alexander Zverev dan mara kali pertama ke final Terbuka Australia menentang juara tujuh kali, Novak Djokovic.

Pilihan kelima berusia 26 tahun itu muncul pemain Austria pertama mara ke final di Melbourne Park mengatasi cabaran pilihan ketujuh, Zverev 3-6, 6-4, 7-6 (7/3), 7-6 (7/4) dalam cuaca panas di Rod Lever Arena, hari ini.

Juara bertahan, Djokovic menunggunya selepas pilihan kedua itu menamatkan impian Roger Federer dengan straight set semalam untuk final kelapannya di Melbourne Park.

Thiem perlu mempamerkan aksi luar biasa jika mahu mengatasi bintang Serbia itu yang tidak tewas 12 perlawanan berturut-turut musim ini dan menang kesemua tujuh final Terbuka Australia.

Dan jika Djokovic perlukan ekstra motivasi, kemenangan pada Ahad ini membolehkan dia merampas kembali ranking nombor satu dunia selepas Rafael Nadal tewas kepada Thiem dalam saingan lapan terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 January 2020 @ 9:49 PM