Juara heavyweight WBC Tyson Fury (kiri) berdepan Deontay Wilder dalam aksi di Las Vegas. FOTO AFP
Juara heavyweight WBC Tyson Fury (kiri) berdepan Deontay Wilder dalam aksi di Las Vegas. FOTO AFP
Agensi

Las Vegas: Tyson Fury hampir pasti akan berdepan Dillian Whyte atau Joe Joyce dalam pertarungan akan datang di United Kingdom menurut Bob Arum.

Pertarungan antara heavyweight Britain itu dijangka berlangsung pada Mac kata promoter Top Rank, Arum kepada Boxing News 24.

Juara WBC Fury perlu berdepan Whyte jika petinju itu tidak dapat berunding bagi pertarungan kelayakan bersama juara IBF, WBA dan WBO, Oleksandr Usyk.

Namun jaguh Ukraine itu terlebih dahulu merancang pertarungan semula pada musim luruh berdepan Anthony Joshua sebelum di jangka bersedia berdepan Fury pada awal tahun depan.

Arum percaya Whyte bukan halangan buat Fury kerana peraturan mewajibkannya berdepan petinju Sweden, Otto Wallin pada pertarungan seterusnya selepas mereka menjadualkan semula pertembungan berkenaan pada penghujung bulan ini.

Promoter berkenaan percaya dia akan membawa hero Olimpik Britain, Joyce untuk mengambil bahagian.

Arum berkata: "Dillian Whyte bukan satu kemestian dan ia adalah apa yang WBC tidak lakukan. Dillian Whyte sepatutnya berdepan Wallin, dan kita akan lihat bagaimana.

"Tetapi sekali lagi pada Mac, Saya berharap Tyson Fury akan bertarung di UK.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 3:01 PM